DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
TAJUK :
BERDASARKAN SLOT DOKUMENTARI "BERSAMAMU ", KENALPASTI PUNCA-PUNCA
BERLAKUNYA KETIDAKPRIHATINAN DALAM MASYARAKAT YANG TELAH/SEDANG BERLAKU
NAMA
PENSYARAH :
PUAN ROHANI BINTI ABD RAZAK
JABATAN
PENSYARAH :
JABATAN PENGAJIAN AM
NAMA
PELAJAR :
FATIN IZZATY BINTI ABD WAHAB
(12DIP14F1199)
AUNI
KHAIRAH BINTI MOHD KHAIRI (12DIP14F2016)
PROGRAM
:
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENGATURCARAAN)
KELAS
:
DIP5A
SESI :
DISEMBER 2016
SENARAI KANDUNGAN
PERKARA
|
MUKA SURAT
|
Pengenalan
|
1-2
|
Punca-punca berlakunya
ketidakprihatinan dalam masyarakat yang telah/sedang berlaku
|
3-6
|
Kesimpulan
|
7
|
Rujukan
|
8
|
Lampiran
|
9-11
|
PENGENALAN
Sejak
lima dasawarsa ini, negara kita dilanda arus modenisasi yang begitu sempurna. Hari ini kita boleh mendabik dada
dengan pembangunan pesat negara kita yang 'bagai belut diketil ekor' yang telah
menempa beberapa kejayaan yang menjadi beberapa buah mulut masyarakat sejagat
sehingga maruah dan martabat bangsa Malaysia dapat dijulang di arena
antarabangsa. Misalnya beberapa mercu tanda kejayaan bumi bertuah kita seperti
Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas dan mutakhir ini Syeikh Muzaphar
yang merupakan angkasawan Malaysia yang pertama berjaya menjejakkan kaki ke
stesen angkasawan telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Di samping
menobatkan imej bumi bertuah kita dipersada dunia. Namun, sayang seribu kali
sayang, disebalik kejayaan dan kemajuan negara kita, kita telah dikejutkan oleh
kejadian ketidakprihatinan masyarakat yang telah atau sedang berlaku.
Antara inisiatif yang telah dijalankan adalah program
Bersamamu yang merupakan sebuah rancangan realiti berbentuk amal. Mengapa program
realiti seumpama Bersamamu diwujudkan pada masa kini? Pada era globalisasi kini
dengan kecanggihan sistem teknologi tidak dapat dinafikan lagi bahawa media elektronik
memberi impak yang besar di dalam menyampaikan sesuatu ideologi dan maklumat
kepada masyarakat. Justeru itu, tidak hairanlah jika program-program serta
rancangan realiti seperti Bersamamu memberi kesan serta membuka mata masyarakat
kita untuk lebih prihatin terhadap golongan-golongan yang lebih memerlukan.
Allah S.W.T
berfirman :
ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ
ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ
اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam
(mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat
dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah
amat berat siksa-Nya”
[al-Maidah,
ayat 5:2]
Berdasarkan petikan
Al-Quran diatas program Bersamamu sangat relevan pada masa kini untuk menyedarkan manusia
tentang saling tolong-menolong apabila terdapat orang yang
berada dalam kesusahan bukan hanya melihat sahaja kerana dengan
wujudnya program seperti ini bukan sahaja untuk menampakkan masalah itu kepada umum tetapi adalah
untuk menarik perhatian pihak yang prihatin yang mahu tampil memberi serta
menghulurkan bantuan sekaligus meringankan beban bagi mereka yang kurang bernasib baik. Program
Bersamamu merupakan rancangan realiti berbentuk amal yang disiarkan di TV3.
Rancangan ini berbentuk dokumentari dimana pengacara rancangan tersebut menemui
insan yang istimewa dan kurang bernasib baik dalam meneruskan liku-liku
kehidupan. Program
ini juga adalah untuk memastikan segala hak serta nasib pihak tersebut terus
terbela dengan adanya masyarakat yang prihatin. Selain itu, rancangan ini
juga bertujuan untuk mengurangkan beban, kesengsaraan dan memberikan kehidupan
baru buat mereka. Tambahan lagi, pada setiap minggu rancangan ini menayangkan
bagaimana kesusahan yang perlu dihadapi oleh insan-insan tersebut. Pelbagai
dugaan yang telah menimpa mereka yang terdiri daripada masalah kemiskinan,
penyakit kronik, penderitaan dan sebagainya. Selain itu, di akhir rancangan
akan terpapar nombor akaun untuk penonton yang ingin memberikan sumbangan
kepada insan-insan tersebut bagi meringankan beban mereka.
PUNCA-PUNCA
BERLAKUNYANYA KETIDAKPRIHATINAN DALAM MASYARAKAT YANG TELAH/SEDANG BERLAKU
Antara
punca-punca ketidakprihatinan dalam kalangan masyarakat adalah kerana setiap
rakyat tidak wujud sifat membantu masyarakat. Contohnya, golongan yang kurang
bernasib baik di kawasan kampung sepatutnya menerima perhatian sewajarnya
seperti mereka yang berada di institusi kebajikan.Terdapat pelbagai cara untuk
membantu golongan kurang bernasib baik ini. Antaranya adalah sumber kewangan,
makanan dan pakaian serta mereka juga perlu dibantu untuk berdikari melalui
pelan jangka panjang. Pepatah Cina mengatakan, ‘lebih baik mengajar seseorang mendapat ikan daripada memberinya ikan
setiap hari’. Jika kita mengajar seseorang cara mendapatkan ikan, dia akan
menguasai kemahiran mendapatkan ikan secara berdikari untuk jangka masa yang
panjang. Dengan ilmu individu dapat memperbaiki kehidupannya dan nasib
keluarganya seterusnya generasi yang bakal dilahirkannya kemudian.
Selain itu, ketidak-aktifan oleh Islam yang tidak
menggalakkan penganutnya menghebohkan kebajikan yang dilakukan tetapi
masyarakat telah menyalahgunakan hal tersebut dengan menghebohkan kebajikan
yang telah dilakukan. Mereka tahu Islam menggalakkan aktiviti sukarela ini,
tetapi mereka tidak komited terhadap ilmu tersebut. Dalam kata lain, mereka
tahu ia dituntut tetapi tidak mahu mengamalkannya. Masalah ini memang sukar
diatasi kerana ia berkait rapat dengan sejauh mana individu itu ingin
mengamalkan ajaran agamanya. Masyarakat juga telah mengabaikan anak yatim dan
fakir miskin begitu sahaja dimana mereka amat memerlukan pembelaan terhadap mereka.
Masyarakat seharusnya memberi sumbangan dan sokongan moral dalam membantu
menangani permasalahan mereka. Dari segi mentaliti orang melayu pula, ada
kemungkinan bahawa masyarakat Melayu begitu yakin dengan hak-hak keistimewaan
orang Melayu, mereka merasakan segala kebajikan orang Melayu itu akan
dipelihara oleh kerajaan. Oleh itu, mereka tidak perlu melakukan apa-apa untuk
bangsanya. Faktor-faktor peribadi dan luaran pula sebenarnya mempengaruhi, bukan
sahaja orang melayu tetapi juga semua lapisan masyarakat kerana ia tiada kena
mengena dengan agama atau hak istimewa sesuatu bangsa. Ia juga berkait rapat
dengan masyarakat yang tidak mempunyai pengurusan masa yang bijak. Di samping
itu, faktor-faktor peribadi merujuk kepada diri individu itu sendiri. Antaranya
ialah seperti tiadanya rasa simpati pada golongan yang memerlukan, sifat-sifat
mementingkan diri, tidak mahu berjanji untuk menyumbang kerana bimbang tidak
dapat melaksanakan janji tersebut dan seumpamanya. Faktor-faktor luaran pula,
merujuk kepada tiadanya pendedahan, baik kepada perlunya menyumbang kepada
masyarakat, mahupun tentang kewujudan pertumbuhan kebajikan. Mungkin juga wujud
keadaan dimana golongan masyarakat ingin menyumbang tetapi mereka tidak tahu
bagaimana hendak menyumbang kemana hendak menyumbang dan sebagainya.
Dari segi keadaan orang melayu yang terkial-kial
memenuhi keperluan sendiri sehingga tiada masa untuk memenuhi keperluan orang
lain, terdapat golongan yang berpendapatan rendah. Bagaimanapun, terdapat warga
kota yang akibat daripada kos hidup yang tinggi di bandar, mereka terpaksa
mengambil kerja sambilan untuk memenuhi tuntutan hidup bagi mereka tentulah
sukar untuk mencari masa untuk menyumbang. Kesedaran masyarakat tentang hari
ini perlu dipertingkat untuk membantu keperluan golongan yang memerlukan dan
bagaimana masyarakat boleh membantu. Seterusnya, punca-punca berlakunya ketidakprihatinan dalam
masyarakat yang sedang berlaku ialah apabila sifat positif dalam diri
masyarakat Malaysia saban hari semakin luntur, ketidakprihatinan yang
ditunjukkan, masyarakat menjadi lebih biadab kerana kurangnya ketidakprihatinan
dalam berbahasa semakin rapuh dan ampuh. Bahkan, kita sendiri mula merasa
bahangnya apabila dipersekitaran kita semakin banyak contoh kerapuhan nilai
prihatin dalam masyarakat yang terjadi dihadapan mata kita sendiri. Mengapakah
hal ini berlaku? Justeru, marilah kita sama-sama mengupas persoalan hangat ini
yang sering terpampang di media dan akhbar tentang punca-punca berlakunya
ketidakprihatinan dalam masyarakat yang sedang berlaku pada zaman sekarang. Ini
kerana sifat sombong dan angkuh telah terpahat dalam diri seseorang yang
menyebabkan kurang kesedaran dalam masyarakat yang sangat memerlukan
pertolongan dan bantuan dari pihak-pihak yang berkaitan dalam membantu golongan
yang memerlukan.
Seterusnya menilai paras rupa
mahupun pangkat dalam masyarakat merupakan salah satu punca berlakunya
ketidakprihatinan dalam masyarakat zaman sekarang. Hal ini kerana, golongan
yang menilai harta ini sangat mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan
orang lain seperti orang miskin yang sangat memerlukan prihatinan dari mereka. Disamping
itu, memilih kasih adalah punca juga berlakunya ketidakprihatinan dalam
masyarakat. Hal ini kerana, pihak yang berkenaan bersikap kurang
professional dalam memberi bantuan kepada orang yang memerlukan dan kurang
bernasib baik dalam kehidupan harian mereka. Ini juga kerana, sesetengah pihak
kurang mengambil pendekatan kepada golongan yang sangat memerlukan apabila
mereka kurang dari segi makanan, pakaian dan tempat tinggal. Oleh
yang demikian, kita sebagai masyarakat yang berbilang bangsa dan mempunyai
sikap saling bertoleransi haruslah memainkan peranan yang penting dalam
pembentukkan nilai-nilai yang murni dalam sikap sesorang supaya punca-punca
ketidakprihatinan dalam masyarakat ini dapat dielakkan dan seterusnya dapat
dipupuk dari masa ke semasa.
Punca yang seterusnya ialah kurangnya bimbingan daripada ibu bapa. Hal ini demikian kerana anak-anak tidak tahu untuk mengambil berat tentang masyarakat mahupun keluarga sendiri. Ibu bapa tidak mempunyai peranan untuk memberi tunjuk ajar dari kecil bagaimana untuk menegur masyarakat setempat dan hal ini boleh kepada ketidakprihatinan dalam diri anak-anak. Hal ini perlu dibendung dari akar umbi lagi kerana pepatah ada menyatakan bahawa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Masyarakat yang tidak prihatin berpunca daripada sikap individu itu sendiri. Misalnya masyarakat yang endah tak endah tentang kejiranan. Hal ini kerana masyarakat tidak melawat jiran yang jauh apatah lagi yang terdekat. Masyarakat yang bersikap seperti boleh menyebabkan keutuhan didalam masyarakat terutama yang beragama Islam yang menitik beratkan perpaduan boleh berpecah belah. Oleh itu, sikap prihatin perlu dipupuk dikalangan masyarakat agar masyarakat atau generasi yang akan datang tidak memandang enteng tentang perkara ini. Sikap prihatin atau mengambil berat adalah sikap yang boleh menyatukan sesebuah komuniti atau negara agar menjadi lebih baik.
Sikap ketidakprihatinan dalam masyarakat boleh berlaku kerana sikap prihatin tidak mendapat tempat dalam penyiaran media. Media penyiaran memainkan peranan yang penting kepada masyarakat di Malaysia dalam proses menyampaikan maklumat dan juga media sosial kepada masyarakat agar lebih bersikap prihatin. Sekiranya perkara ini dipandang remeh, tidak mustahil masyarakat boleh berpecah belah dan negara mengalami nasib yang sama. Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan, kesilapan, mahupun kecuaian. Dengan itu, telah menjadi tanggungjawab sosial bagi semua lapisan masyarakat untuk saling menasihati antara satu sama lain demi menjaga kebaikan dan kemaslahatan bersama. Dengan sikap saling menjaga kemaslahatan dalam masyarakat menunjukkan kewujudan hubung kait antara iman dengan penyalahgunaan media penyiaran. Kewajipan sesama insan untuk saling menegur dan mengingatkan kearah kebaikan dan meninggalkan kejahatan terutamanya sikap tidak prihatin. Oleh yang demikian, tanggungjawab sosial dalam memupuk semangat kemasyarakatan perlu dipandang serius agar keutuhan masyarakat dapat dipupuk dan terjalin. Masyarakat yang prihatin dapat dipupuk melalui individu itu sendiri sama ada ingin melihat keutuhan atau silaturrahim didalam masyarakat terus terjalin.
Punca yang seterusnya ialah kurangnya bimbingan daripada ibu bapa. Hal ini demikian kerana anak-anak tidak tahu untuk mengambil berat tentang masyarakat mahupun keluarga sendiri. Ibu bapa tidak mempunyai peranan untuk memberi tunjuk ajar dari kecil bagaimana untuk menegur masyarakat setempat dan hal ini boleh kepada ketidakprihatinan dalam diri anak-anak. Hal ini perlu dibendung dari akar umbi lagi kerana pepatah ada menyatakan bahawa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Masyarakat yang tidak prihatin berpunca daripada sikap individu itu sendiri. Misalnya masyarakat yang endah tak endah tentang kejiranan. Hal ini kerana masyarakat tidak melawat jiran yang jauh apatah lagi yang terdekat. Masyarakat yang bersikap seperti boleh menyebabkan keutuhan didalam masyarakat terutama yang beragama Islam yang menitik beratkan perpaduan boleh berpecah belah. Oleh itu, sikap prihatin perlu dipupuk dikalangan masyarakat agar masyarakat atau generasi yang akan datang tidak memandang enteng tentang perkara ini. Sikap prihatin atau mengambil berat adalah sikap yang boleh menyatukan sesebuah komuniti atau negara agar menjadi lebih baik.
Sikap ketidakprihatinan dalam masyarakat boleh berlaku kerana sikap prihatin tidak mendapat tempat dalam penyiaran media. Media penyiaran memainkan peranan yang penting kepada masyarakat di Malaysia dalam proses menyampaikan maklumat dan juga media sosial kepada masyarakat agar lebih bersikap prihatin. Sekiranya perkara ini dipandang remeh, tidak mustahil masyarakat boleh berpecah belah dan negara mengalami nasib yang sama. Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan, kesilapan, mahupun kecuaian. Dengan itu, telah menjadi tanggungjawab sosial bagi semua lapisan masyarakat untuk saling menasihati antara satu sama lain demi menjaga kebaikan dan kemaslahatan bersama. Dengan sikap saling menjaga kemaslahatan dalam masyarakat menunjukkan kewujudan hubung kait antara iman dengan penyalahgunaan media penyiaran. Kewajipan sesama insan untuk saling menegur dan mengingatkan kearah kebaikan dan meninggalkan kejahatan terutamanya sikap tidak prihatin. Oleh yang demikian, tanggungjawab sosial dalam memupuk semangat kemasyarakatan perlu dipandang serius agar keutuhan masyarakat dapat dipupuk dan terjalin. Masyarakat yang prihatin dapat dipupuk melalui individu itu sendiri sama ada ingin melihat keutuhan atau silaturrahim didalam masyarakat terus terjalin.
KESIMPULAN
Catatan
sejarah membuktikan bahawa penghancuran tamadun mesir dan parsi adalah berpunca
daripada kegagalan menanamkan nilai-nilai murni kepada generasi penyambung.
Oleh itu, setiap individu mesti memastikan perlaksanaan keprihatinan berjaya
melahirkan insan luhur yang mempunyai pegangan hidup yang mantap murni dan
bersepadu. Kebanyakan manusia suka menghitung kepentingan diri sendiri sebelum
meninjau kepentingan orang lain. Kebiasaan sebeginilah yang menjadikan
seseorang itu tidak berlaku adil terhadap orang lain. Kita meminta orang lain
memenuhi keperluan kita tetapi kita enggan memberi sesuatu untuk menyempurnakan
kepentingan mereka. Keseimbangan dalam memenuhi keperluan diri dan masyarakat
sekitar hendaklah dipraktikkan dalam kegiatan hidup seharian. Sekiranya
sesebuah masyarakat itu berjaya mempraktikkan nilai-nilai murni didalam
kehidupan seharian mereka, sudah tentu negara akan dapat mewujudkan sebuah
masyarakat yang memberi perhatian sesama sendiri dalam apa jua keadaan.
Kesimpulannya, semua punca yang berkaitan dengan
masyarakat yang kurang prihatin mempunyai pelbagai punca atau masalah yang
tersendiri. Justeru itu, pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu menyedarkan
rakyat di Negara ini supaya dapat membantu insan yang lebih memerlukan bantuan
dan juga terdesak untuk menerima bantuan yang sepatutnya. Masyarakat juga perlu
cakna serta peka dengan keadaan sekeliling mereka supaya lebih prihatin dengan masalah
yang dihadapi pada masa kini supaya masalah yang dihadapi dapat diselesaikan
dengan kadar segera. Jika masyarakat bersatu padu serta prihatin berkemungkinan
Negara akan kurang menghadapi masalah yang telah dinyatakan. Masalah yang
dihadapi ini bukan sahaja perkara baru tetapi telah disiarkan di laman social serta
akhbar-akhbar. Namun rakyat di Negara ini memandang perkara tersebut seperti
sesuatu perkara sebegini yang lazim berlaku. Sebagai rakyat Malaysia yang
prihatin kita haruslah menanam sifat tanggungjawab untuk menangani perkara
sebegini dengan lebih cekap. Akhir Sekali, kita sebagai satu
bangsa haruslah mempunyai sikap keprihatinan dalam diri supaya orang lain tidak
memandang serong terhadap kita. Justeru, kita harus membuang sifat yang negatif
dalam diri dan menanam sifat positif supaya senang pada masa hadapan.
RUJUKAN
Buku
ilmiah :
Ahmat, MF. Pesa, MFM. Othman, WMTW. (Jun 2016). DUA 6022 Komunikasi Dan Penyiaran Islam. Melaka:Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Merlimau Melaka, KB1031 Pejabat Pos Merlimau, 77300 Merlimau, Melaka Bandaraya Bersejarah.
Laman
web :
Awang, B. (1970, January 01). Punca-punca ketidakprihatinan dalam masyarakat. Retrieved February 06, 2017, from http://thepheuxn.blogspot.my/
Subri, A. (1970, January 01). Punca-Punca
Ketidakprihatinan Yang Berlaku Dalam Masyarakat. Retrieved February 06, 2017,
from http://marfiera.blogspot.my/2016_08_01_archive.html
Bersamamu tv3. (n.d.). Retrieved February 06, 2017,
from https://www.facebook.com/Bersamamu-tv3-123606121000497/
Langkah Menyemai Sikap Prihatin Dalam Kalangan
Masyarakat. (n.d.). Retrieved February 06, 2017, from https://www.scribd.com/doc/33177370/Langkah-Menyemai-Sikap-Prihatin-Dalam-Kalangan-Masyarakat
LAMPIRAN
Gambar rajah 1 : Jitra, Kedah : Pembela bantu budak sakit jantung
Gambar rajah 2 : 20 Mei 2011-Metro Ahad, Kuching, Sarawak : ‘Dengar rintihan kami’
Gambar
rajah 3 : Sinar@Dungun, Batu Tiong : Ibu
tunggal minta nasi sisa untuk lapan anak
Gambar
rajah 4 : Sinar Harian, Kemaman : Keluarga
Zulkifli terpaksa roboh rumah
Gambar rajah 5 : Seremban: Bayi
tong sampah
Gambar rajah 6 : Bayi dibalut dan dibuang di tempat pembuangan sampah











