Wednesday, 26 August 2015

Monday, 24 August 2015

blog ini telah direka bagi memudahkan pembelajaran.

Thursday, 20 August 2015

E-FOLIO SAINS, TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

DUA2012 SAINS, TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM


JELASKAN KISAH  YANG  TERDAPAT  DALAM  AL-QURAN BERKAITAN  SAINS,  TEKNOLOGI  &  KEJURUTERAAN  DALAM  ISLAM



NAMA PENSYARAH:
USTAZAH SURIA BINTI EMBONG



NAMA PELAJAR: 
FATIN IZZATY BINTI ABD WAHAB
(12DIP14F1199)

NURUL ATIRAH AZWA BINTI MUHAMMAD TOBERI
(12DIP14F2017)

AUNI KHAIRAH BINTI MOHD KHAIRI
(12DIP14F2016)








PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan kehadrat Ilahi, dengan keizinannya dapat kami selesaikan e-folio ini yang bertajuk "JELASKAN KISAH YANG TERDAPAT DALAM AL-QURAN BERKAITAN SAINS. TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM" dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.AW kerana usaha Baginda, kita dapat hidup dengan nikmat iman dan Islam.

         Jutaan penghargaan kami tujukan kepada pensyarah kami iaitu, Ustazah Suria Binti Embong dalam subjek DUA 2012 SAINS, TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM kerana banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan demi menjayakan proses penghasilan e-folio ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang sentiasa memberi dorongan dan motivasi untuk kami terus berusaha mencapai cita-cita.

     Akhir sekali, kami ingin mengucapkan jutaanterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan sepanjang pengajian di Politeknik Kuala Terengganu atas segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan. Semoga Allah S.W.T merahmati kalian.





PENGENALAN

              Sains merupakan penemuan pengetahuan baharu berdasarkan kajian dan pengalaman manusia secara objektif yang bersumberkan wahyu dan akal. Seterusnya, dari segi teknologi ialah ilmu yang berbentuk praktikal atau teknikal yang membolehkan manusia membuat sesuatu perubahan yang bermanfaat keatas alam tabi'i serta tidak terkeluar daripada etika serta prinsip-prinsip dasar Islam untuk membantu kehidupan manusia, menabdikan diri, mengagungkan dan membesarkan Allah S.W.T. Merujuk aspek kejuruteraan pula proses mereka bentuk teknologi dengan kaedah yang paling efisyen bagi tujuan kebaikan manusia dalam memenuhi tugas khalifah secara lebih berkesan.

               Sains, Teknologi dan Kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam Islam. Sains adalah salah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai alam tabi'i dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis dan eksperimen yang benar. Antara konsep dalam sains adalah hukum, sebab dan akibat. Dalam hal ini, sains dan Islam sama-sama difahami.

            Bidang sains sendiri belum menemui kebenaran yang hakiki. Tradisi Islam adalah untuk melahirkan para saintis berteknologi muslim yang beriman dan berakhlak serta Islam menolak kemajuan teknologi tanpa akhlak dan sains yang menlak spiritual. Justeru sains dalam pandangan Barat, beranggapan sumber wahyu tak diperlukan berasaskan kepada prinsip logos dan mitos. Logos adalah suatu penemuan kekuatan hasil dari eksperimen manakala  mitos pula umpama khayalan yang tidak dapat dibuktikan secara tepat. 




PERANAN SAINS, TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN

Ayat-ayat Al-Quran menggalakkan manusia untuk berfikir, menyelidik dan mengkaji. Penyelidikan Islam adalah berasaskan kepada wahyu Allah S.W.T kearah satu kepuasan dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah S.W.T yang menjadikan segalanya. Kewujudan alam ini adalah sebagai tanda kewujudan dan kebesaran pencipta. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah S.W.T) bagi orang-orang yang berakal"
                                                                                                                     Surah 'Ali 'Imran (ayat 190)

                  Dapatan sains Islam menjadikan saintis lebih dekat kepada Allah S.W.T, sebaliknya dapatan sains Barat lebih menjadikan manusia bongkak dan jauh daripada Allah S.W.T. Teknologi dan kejuruteraan Islam lebih mendidik hati dan fikiran tentang keagungan Allah S.W.T melalui kecanggihan ciptaan manusia, sementara teknologi dan kejuruteraan Barat sekadar untuk menunjukkan kehebatan daya fikir manusia untuk kepentingan diri.

1. Membantu manusia supaya bertafakkur.
>  Penyelidikan sains teknologi dalam Islam akan membawa seseorang kepada sifat-sifat bertafakkur dan memberi kesedaran kepada manusia melalui penggunaan akal. Penyelidikan sains melalui wahyu-wahyu membawa kepada penerimaan kebesaran Allah S.W.T seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran iaitu :

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia,apa yang Allah S.W.T turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia dihidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia seperti dibumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah S.W.T) bagi kaum yang memikirkan"
                                                                                                                   Surah Al-Baqarah (ayat 164)

2. Membantu perlaksanaan syariat.
>  Perlaksanaan syariat akan berjalan lancar jika masyarakat Islam membangunkan peraturan perhubungan antara mereka. Kepentingan untuk mengatur beberapa hubungan ini boleh dilihat kepada hubungan manusia dengan Allah S.W.T, hubungan manusia sesama manusia serta hubungan manusia dengan alam.

3.Supaya manusia mampu menentukan  dan membuat ramalan akan sesuatu perkara. 
>    Menentukan tarikh dengan melakukan pencerapan iaitu mencerap bulan akan dapat memberi ketentuan contohnya dalam tarikh awal puasa, tarikh awal bulan dan lain-lain. Manusia dapat menggunakan akalnya dengan pengetahuannya untuk meramal sesutau perubahan cuaca. 

4. Supaya manusia dapat berkarya dan berinovasi .
>     Dengan mengkaji alam ini, manusia akan dapat menghasilkan sesuatu karya dan mencipta sesuatu hasil daripada kajiannya. 

5. Dapat membantu manusia dalam memenuhi keperluan material dan kehidupan seharian yang diperlukan.
>       Dapat memenuhi keperluan asasi seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, pendidikan, perubatan, pengangkutan dan lain-lain lagi. Menjadikan kehidupan manusia selesa. Memenuhi keperluan dharuriyat dan hajjiyat manusia itu sendiri.





KISAH-KISAH BERKAITAN SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM



KAUM TERDAHULU  


Kaum 'Ad (Kaum Nabi Hud)  
> Pakar dalam membina bangunan yang tinggi-tinggi tiangnya.
> Merupakan kaum yang sangat kuat dan kukuh dari segi pemerintahannya.


Kaum Thamud (Kaum Nabi Soleh) 
> Kepakaran dalam memahat batu-batu besar dan dapat dilihat di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya). 


Teknologi Firaun
> Kepakarannya pada masa itu adalah menguasai bangunan-bangunan yang  handal dan kukuh. 






BINTANG

  • Pembetukan bintang merupakan proses gas dalam awan molekul bertukar membentuk bintang.
  • Dalam pandangan kini, mengenai pembutakn bintang, teras awan molekul (kawasan berkepadatan tinggi) menjadi tidak stabil secara graviti, berpecah dan mula meruntuh.
  • Sebahagian dari gaya graviti hilang dalam penarapan ini sebagai haba inframerah, dengan yang lain meningkatkan lagi suhu teras objek tersebut.
  • Apabila kepadatan dan suhu cukup tinggi, pelakuran deuterium bermula, dan tekanan luaran hasil sinaran memperlahankan penarapan tersebut.
  • Bahan dari awan berterusan menhujani kedalam protobintang.
  • Pada tahap ini, aliran dwikutub masih terhasil, kemungkinannya kesan dari momentum sudut bahan yang runtuh.
  • Akhirnya, hidrogen mula bergabung diteras bintang dan bahan penyalut yang lain mulai hilang.
  • Tahap proses ini jelas bagi bintamg dengan jisim satu jisim suria atau kurang.
  • Bagi bintang berjisim tinggi, tempoh proses pembentukan bintang boleh dibandingkan dengan skala masa lain evolusi mereka, lebih pendek dan proses tersebut tidak ditetapkan dengan jelas.
  • Evolusi lanjut bintang dikaji dalam evolusi najam.





HUJAN


  • Hujan adalah proses kondensasi wap air di atmoosphera, menjadi butir air yang cukup berat untuk permukaan Bumi.
  • Butir hujan mmemiliki ukuran yang beragam mulai dari pepat, mirip penekuk ( butir besar ) hingga bola kecil ( butir kecil )
  • Di kawasan pergunungan, hujan lebat boleh terjadi jika aliran atas lembah meningkat di sisi atas angin permukaan pada ketinggian yang memaksa udara lembap mengembun dan jatuh sebagai hujan.
  • Di bawah sisi pergunungan, iklim gurun dapat terjadi kerana udara kering yang diakibatkan aliran bawah lembah yang mengakibatkan pemanasan dan pengeringan udara.
  • Hujan adalah sumber air tawar utama di dunia.
  • Curahan hujan dikira menggunakan pengukur hujan.









ORBIT

  • Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000km/sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex.
  • Secara anggaran matahari bergerak sejauh 17, 280, 000km/sejam.
  • Matahari dan suhu planet serta satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) turut bergerak pada jarak yang sama.
  • Semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.
  • Alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah termaktub dalam Al-Quran:
                                          "Demi langit yang mempunyai jalan-jalan"
                                                                                                             surah Az-Dzariyat, 7

  • Semua objek-objek langit bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak.
  • Untuk beberapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna.
  • Bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit yang telah ditentukan untuk mereka.
  • Sewaktu dalam pergerakan tidak ada satu pun objek langit yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.






IMPAK PENGABAIAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

  • Umat Islam akan ketinggalan jauh berbanding umat dan bangsa lain yang lebih maju.
  • Maruah umat Islam akan dipandang hina di mata agama lain dan umat Islam akan diperkotak-katikkan oleh bangsa lain dalam Bidang Sosial.
  • Umat Islam akan menjadi satu umat yang suka bergantung kepada kuasa asing.
  • Kebanyakkan penguasaan bidang ekonomi akan diterajui oleh bangsa asing dan penguasaan teknologi juga didominasikan oleh bangsa asing dalam Bidang Ekonomi.
  • Umat Islam akan ditindas dan seterusnya akan dijajah oleh bangsa dan agama lain.
  • Umat Islam menjadi satu umat yang tidak pandai berdikakari untuk memimpin negaranya sendiri dalam Bidang Politik.
  • Unsur-unsur kesepaduan ilmu dengan agama sudah tidak wujud lagi.
  • Memberi keuntungan yang besar kepada dunia teknologi barat sendiri.





RUMUSAN


Islam menerima tenologi yang memberi manfaat dan menolak teknologi yang membawa kerosakan. Berdasarkan etika dan prinsip dasar Islam, tujuan utama kepentingan ibadata kepada Allah S.W.T ialah mencari ilmu. Al-Quran menjelaskan dan menunjukkan pentingnya sejarah dan hubungannya dengan kweujudan tamadun manusia berdasarkan aspek sains, teknologi dan kejuruteraan melalui peristiwa serta contoh umat yang terdahulu benar-benar berlaku dan perlu dijadikan pengajaran kepada kita pada hari ini. Dianggarkan sebnanyak 1000 ayat mengenai kisah-kisah Nabi terdahulu dan Rasul sebelum ini seperti menceritakan hebatnya kerajaan Thamud, Kaum 'Ad, Kaum Madyan dan juga mengenai keingkaran Firaun laknatullah.

                    Mengesahkan bahawa Al-Quran itu adalah kalam Allah S.W.T. Umat manusia sekarang selalu ingin kepada bukti. Jadi, segala kisah yang berlaku dalam Al-Quran berkaitan sains, teknologi dan kejuruteraan adalah untuk mengesahkan bahawa Al-Quran adalah satu kitab yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W. Mendidik dan mengajak manusia berfikir. Kisah dan peristiwa yang berlaku adalah untuk mendidik dan salah satu daripada kaedah untuk mengajak manusia berfikir. Untuk membenarkan janji baik dan janji buruk dari Allah S.W.T. Segala peristiwa yang berlaku adalah untuk membuktikan bahawa segala apa yang dijanjikan oleh Allah S.W.T adalah perkara yang benar.







BIBLIOGRAFI


1.  Bahan ilmiah

Buku DUA 2012 Sains, Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam.


2. Laman web :

http://www.slideshare.net/normurnimohamad/bab-1-sains-teknologi-dan-kejuruteraan-dalam-islam


http://cinderellamok.blogspot.com/2015/04/sains-teknologi-dan-kejuruteraan-dalam.html


https://ms.wikipedia.org/wiki/pembetukan_bintang


wanfauzi.com/orbit-menurut-al-quran