Thursday, 9 February 2017

BERDASARKAN SLOT DOKUMENTARI "BERSAMAMU ", KENALPASTI PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA KETIDAKPRIHATINAN DALAM MASYARAKAT YANG TELAH/SEDANG BERLAKU


DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM


TAJUK :
BERDASARKAN SLOT DOKUMENTARI "BERSAMAMU ", KENALPASTI PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA KETIDAKPRIHATINAN DALAM MASYARAKAT YANG TELAH/SEDANG BERLAKU

  
NAMA PENSYARAH : 
PUAN ROHANI BINTI ABD RAZAK

JABATAN PENSYARAH : 
JABATAN PENGAJIAN AM

NAMA PELAJAR : 
FATIN IZZATY BINTI ABD WAHAB (12DIP14F1199)
 AUNI KHAIRAH BINTI MOHD KHAIRI (12DIP14F2016)

PROGRAM : 
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENGATURCARAAN)

KELAS : 
DIP5A

SESI : 
DISEMBER 2016


























SENARAI KANDUNGAN

PERKARA
MUKA SURAT
Pengenalan
1-2
Punca-punca berlakunya ketidakprihatinan dalam masyarakat yang telah/sedang berlaku
 3-6
Kesimpulan
 7
Rujukan
 8
Lampiran
 9-11

























PENGENALAN

Sejak lima dasawarsa ini, negara kita dilanda arus modenisasi yang begitu sempurna. Hari ini kita boleh mendabik dada dengan pembangunan pesat negara kita yang 'bagai belut diketil ekor' yang telah menempa beberapa kejayaan yang menjadi beberapa buah mulut masyarakat sejagat sehingga maruah dan martabat bangsa Malaysia dapat dijulang di arena antarabangsa. Misalnya beberapa mercu tanda kejayaan bumi bertuah kita seperti Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas dan mutakhir ini Syeikh Muzaphar yang merupakan angkasawan Malaysia yang pertama berjaya menjejakkan kaki ke stesen angkasawan telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Di samping menobatkan imej bumi bertuah kita dipersada dunia. Namun, sayang seribu kali sayang, disebalik kejayaan dan kemajuan negara kita, kita telah dikejutkan oleh kejadian ketidakprihatinan masyarakat yang telah atau sedang berlaku.

Antara inisiatif yang telah dijalankan adalah program Bersamamu yang merupakan sebuah rancangan realiti berbentuk amal. Mengapa program realiti seumpama Bersamamu diwujudkan pada masa kini? Pada era globalisasi kini dengan kecanggihan sistem teknologi tidak dapat dinafikan lagi bahawa media elektronik memberi impak yang besar di dalam menyampaikan sesuatu ideologi dan maklumat kepada masyarakat. Justeru itu, tidak hairanlah jika program-program serta rancangan realiti seperti Bersamamu memberi kesan serta membuka mata masyarakat kita untuk lebih prihatin terhadap golongan-golongan yang lebih memerlukan.

Allah S.W.T berfirman :

ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ



“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya”

[al-Maidah, ayat 5:2]

Berdasarkan petikan Al-Quran diatas program Bersamamu sangat relevan pada masa kini untuk menyedarkan manusia tentang saling tolong-menolong apabila terdapat orang yang berada dalam kesusahan bukan hanya melihat sahaja kerana dengan wujudnya program seperti ini bukan sahaja untuk menampakkan masalah itu kepada umum tetapi adalah untuk menarik perhatian pihak yang prihatin yang mahu tampil memberi serta menghulurkan bantuan sekaligus meringankan beban bagi mereka yang kurang bernasib baik. Program Bersamamu merupakan rancangan realiti berbentuk amal yang disiarkan di TV3. Rancangan ini berbentuk dokumentari dimana pengacara rancangan tersebut menemui insan yang istimewa dan kurang bernasib baik dalam meneruskan liku-liku kehidupan. Program ini juga adalah untuk memastikan segala hak serta nasib pihak tersebut terus terbela dengan adanya masyarakat yang prihatin. Selain itu, rancangan ini juga bertujuan untuk mengurangkan beban, kesengsaraan dan memberikan kehidupan baru buat mereka. Tambahan lagi, pada setiap minggu rancangan ini menayangkan bagaimana kesusahan yang perlu dihadapi oleh insan-insan tersebut. Pelbagai dugaan yang telah menimpa mereka yang terdiri daripada masalah kemiskinan, penyakit kronik, penderitaan dan sebagainya. Selain itu, di akhir rancangan akan terpapar nombor akaun untuk penonton yang ingin memberikan sumbangan kepada insan-insan tersebut bagi meringankan beban mereka.



























PUNCA-PUNCA BERLAKUNYANYA KETIDAKPRIHATINAN DALAM MASYARAKAT YANG TELAH/SEDANG BERLAKU

Antara punca-punca ketidakprihatinan dalam kalangan masyarakat adalah kerana setiap rakyat tidak wujud sifat membantu masyarakat. Contohnya, golongan yang kurang bernasib baik di kawasan kampung sepatutnya menerima perhatian sewajarnya seperti mereka yang berada di institusi kebajikan.Terdapat pelbagai cara untuk membantu golongan kurang bernasib baik ini. Antaranya adalah sumber kewangan, makanan dan pakaian serta mereka juga perlu dibantu untuk berdikari melalui pelan jangka panjang. Pepatah Cina mengatakan, ‘lebih baik mengajar seseorang mendapat ikan daripada memberinya ikan setiap hari’. Jika kita mengajar seseorang cara mendapatkan ikan, dia akan menguasai kemahiran mendapatkan ikan secara berdikari untuk jangka masa yang panjang. Dengan ilmu individu dapat memperbaiki kehidupannya dan nasib keluarganya seterusnya generasi yang bakal dilahirkannya kemudian.

Selain itu, ketidak-aktifan oleh Islam yang tidak menggalakkan penganutnya menghebohkan kebajikan yang dilakukan tetapi masyarakat telah menyalahgunakan hal tersebut dengan menghebohkan kebajikan yang telah dilakukan. Mereka tahu Islam menggalakkan aktiviti sukarela ini, tetapi mereka tidak komited terhadap ilmu tersebut. Dalam kata lain, mereka tahu ia dituntut tetapi tidak mahu mengamalkannya. Masalah ini memang sukar diatasi kerana ia berkait rapat dengan sejauh mana individu itu ingin mengamalkan ajaran agamanya. Masyarakat juga telah mengabaikan anak yatim dan fakir miskin begitu sahaja dimana mereka amat memerlukan pembelaan terhadap mereka. Masyarakat seharusnya memberi sumbangan dan sokongan moral dalam membantu menangani permasalahan mereka. Dari segi mentaliti orang melayu pula, ada kemungkinan bahawa masyarakat Melayu begitu yakin dengan hak-hak keistimewaan orang Melayu, mereka merasakan segala kebajikan orang Melayu itu akan dipelihara oleh kerajaan. Oleh itu, mereka tidak perlu melakukan apa-apa untuk bangsanya. Faktor-faktor peribadi dan luaran pula sebenarnya mempengaruhi, bukan sahaja orang melayu tetapi juga semua lapisan masyarakat kerana ia tiada kena mengena dengan agama atau hak istimewa sesuatu bangsa. Ia juga berkait rapat dengan masyarakat yang tidak mempunyai pengurusan masa yang bijak. Di samping itu, faktor-faktor peribadi merujuk kepada diri individu itu sendiri. Antaranya ialah seperti tiadanya rasa simpati pada golongan yang memerlukan, sifat-sifat mementingkan diri, tidak mahu berjanji untuk menyumbang kerana bimbang tidak dapat melaksanakan janji tersebut dan seumpamanya. Faktor-faktor luaran pula, merujuk kepada tiadanya pendedahan, baik kepada perlunya menyumbang kepada masyarakat, mahupun tentang kewujudan pertumbuhan kebajikan. Mungkin juga wujud keadaan dimana golongan masyarakat ingin menyumbang tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menyumbang kemana hendak menyumbang dan sebagainya.

Dari segi keadaan orang melayu yang terkial-kial memenuhi keperluan sendiri sehingga tiada masa untuk memenuhi keperluan orang lain, terdapat golongan yang berpendapatan rendah. Bagaimanapun, terdapat warga kota yang akibat daripada kos hidup yang tinggi di bandar, mereka terpaksa mengambil kerja sambilan untuk memenuhi tuntutan hidup bagi mereka tentulah sukar untuk mencari masa untuk menyumbang. Kesedaran masyarakat tentang hari ini perlu dipertingkat untuk membantu keperluan golongan yang memerlukan dan bagaimana masyarakat boleh membantu. Seterusnya, punca-punca berlakunya ketidakprihatinan dalam masyarakat yang sedang berlaku ialah apabila sifat positif dalam diri masyarakat Malaysia saban hari semakin luntur, ketidakprihatinan yang ditunjukkan, masyarakat menjadi lebih biadab kerana kurangnya ketidakprihatinan dalam berbahasa semakin rapuh dan ampuh. Bahkan, kita sendiri mula merasa bahangnya apabila dipersekitaran kita semakin banyak contoh kerapuhan nilai prihatin dalam masyarakat yang terjadi dihadapan mata kita sendiri. Mengapakah hal ini berlaku? Justeru, marilah kita sama-sama mengupas persoalan hangat ini yang sering terpampang di media dan akhbar tentang punca-punca berlakunya ketidakprihatinan dalam masyarakat yang sedang berlaku pada zaman sekarang. Ini kerana sifat sombong dan angkuh telah terpahat dalam diri seseorang yang menyebabkan kurang kesedaran dalam masyarakat yang sangat memerlukan pertolongan dan bantuan dari pihak-pihak yang berkaitan dalam membantu golongan yang memerlukan.

Seterusnya menilai paras rupa mahupun pangkat dalam masyarakat merupakan salah satu punca berlakunya ketidakprihatinan dalam masyarakat zaman sekarang. Hal ini kerana, golongan yang menilai harta ini sangat mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan orang lain seperti orang miskin yang sangat memerlukan prihatinan dari mereka. Disamping itu, memilih kasih adalah punca juga berlakunya ketidakprihatinan dalam masyarakat. Hal ini kerana, pihak yang berkenaan bersikap kurang professional dalam memberi bantuan kepada orang yang memerlukan dan kurang bernasib baik dalam kehidupan harian mereka. Ini juga kerana, sesetengah pihak kurang mengambil pendekatan kepada golongan yang sangat memerlukan apabila mereka kurang dari segi makanan, pakaian dan tempat tinggal. Oleh yang demikian, kita sebagai masyarakat yang berbilang bangsa dan mempunyai sikap saling bertoleransi haruslah memainkan peranan yang penting dalam pembentukkan nilai-nilai yang murni dalam sikap sesorang supaya punca-punca ketidakprihatinan dalam masyarakat ini dapat dielakkan dan seterusnya dapat dipupuk dari masa ke semasa.

Punca yang seterusnya ialah kurangnya bimbingan daripada ibu bapa. Hal ini demikian kerana anak-anak tidak tahu untuk mengambil berat tentang masyarakat mahupun keluarga sendiri. Ibu bapa tidak mempunyai peranan untuk memberi tunjuk ajar dari kecil bagaimana untuk menegur masyarakat setempat dan hal ini boleh kepada ketidakprihatinan dalam diri anak-anak. Hal ini perlu dibendung dari akar umbi lagi kerana pepatah ada menyatakan bahawa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Masyarakat yang tidak prihatin berpunca daripada sikap individu itu sendiri. Misalnya masyarakat yang endah tak endah tentang kejiranan. Hal ini kerana masyarakat tidak melawat jiran yang jauh apatah lagi yang terdekat. Masyarakat yang bersikap seperti boleh menyebabkan keutuhan didalam masyarakat terutama yang beragama Islam yang menitik beratkan perpaduan boleh berpecah belah. Oleh itu, sikap prihatin perlu dipupuk dikalangan masyarakat agar masyarakat atau generasi yang akan datang tidak memandang enteng tentang perkara ini. Sikap prihatin atau mengambil berat adalah sikap yang boleh menyatukan sesebuah komuniti atau negara agar menjadi lebih baik.


Sikap ketidakprihatinan dalam masyarakat boleh berlaku kerana sikap prihatin tidak mendapat tempat dalam penyiaran media. Media penyiaran memainkan peranan yang penting kepada masyarakat di Malaysia dalam proses menyampaikan maklumat dan juga media sosial kepada masyarakat agar lebih bersikap prihatin. Sekiranya perkara ini dipandang remeh, tidak mustahil masyarakat boleh berpecah belah dan negara mengalami nasib yang sama. Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan, kesilapan, mahupun kecuaian. Dengan itu, telah menjadi tanggungjawab sosial bagi semua lapisan masyarakat untuk saling menasihati antara satu sama lain demi menjaga kebaikan dan kemaslahatan bersama. Dengan sikap saling menjaga kemaslahatan dalam masyarakat menunjukkan kewujudan hubung kait antara iman dengan penyalahgunaan media penyiaran. Kewajipan sesama insan untuk saling menegur dan mengingatkan kearah kebaikan dan meninggalkan kejahatan terutamanya sikap tidak prihatin. Oleh yang demikian, tanggungjawab sosial dalam memupuk semangat kemasyarakatan perlu dipandang serius agar keutuhan masyarakat dapat dipupuk dan terjalin. Masyarakat yang prihatin dapat dipupuk melalui individu itu sendiri sama ada ingin melihat keutuhan atau silaturrahim didalam masyarakat terus terjalin.



















KESIMPULAN

Catatan sejarah membuktikan bahawa penghancuran tamadun mesir dan parsi adalah berpunca daripada kegagalan menanamkan nilai-nilai murni kepada generasi penyambung. Oleh itu, setiap individu mesti memastikan perlaksanaan keprihatinan berjaya melahirkan insan luhur yang mempunyai pegangan hidup yang mantap murni dan bersepadu. Kebanyakan manusia suka menghitung kepentingan diri sendiri sebelum meninjau kepentingan orang lain. Kebiasaan sebeginilah yang menjadikan seseorang itu tidak berlaku adil terhadap orang lain. Kita meminta orang lain memenuhi keperluan kita tetapi kita enggan memberi sesuatu untuk menyempurnakan kepentingan mereka. Keseimbangan dalam memenuhi keperluan diri dan masyarakat sekitar hendaklah dipraktikkan dalam kegiatan hidup seharian. Sekiranya sesebuah masyarakat itu berjaya mempraktikkan nilai-nilai murni didalam kehidupan seharian mereka, sudah tentu negara akan dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang memberi perhatian sesama sendiri dalam apa jua keadaan.

Kesimpulannya, semua punca yang berkaitan dengan masyarakat yang kurang prihatin mempunyai pelbagai punca atau masalah yang tersendiri. Justeru itu, pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu menyedarkan rakyat di Negara ini supaya dapat membantu insan yang lebih memerlukan bantuan dan juga terdesak untuk menerima bantuan yang sepatutnya. Masyarakat juga perlu cakna serta peka dengan keadaan sekeliling mereka supaya lebih prihatin dengan masalah yang dihadapi pada masa kini supaya masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan kadar segera. Jika masyarakat bersatu padu serta prihatin berkemungkinan Negara akan kurang menghadapi masalah yang telah dinyatakan. Masalah yang dihadapi ini bukan sahaja perkara baru tetapi telah disiarkan di laman social serta akhbar-akhbar. Namun rakyat di Negara ini memandang perkara tersebut seperti sesuatu perkara sebegini yang lazim berlaku. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin kita haruslah menanam sifat tanggungjawab untuk menangani perkara sebegini dengan lebih cekap. Akhir Sekali, kita sebagai satu bangsa haruslah mempunyai sikap keprihatinan dalam diri supaya orang lain tidak memandang serong terhadap kita. Justeru, kita harus membuang sifat yang negatif dalam diri dan menanam sifat positif supaya senang pada masa hadapan.





















RUJUKAN

Buku ilmiah :

Ahmat, MF. Pesa, MFM. Othman, WMTW. (Jun 2016). DUA 6022 Komunikasi Dan Penyiaran Islam. Melaka:Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Merlimau Melaka, KB1031 Pejabat Pos Merlimau, 77300 Merlimau, Melaka Bandaraya Bersejarah.

Laman web :

Awang, B. (1970, January 01). Punca-punca ketidakprihatinan dalam masyarakat. Retrieved February 06, 2017, from http://thepheuxn.blogspot.my/

Subri, A. (1970, January 01). Punca-Punca Ketidakprihatinan Yang Berlaku Dalam Masyarakat. Retrieved February 06, 2017, from http://marfiera.blogspot.my/2016_08_01_archive.html

Bersamamu tv3. (n.d.). Retrieved February 06, 2017, from https://www.facebook.com/Bersamamu-tv3-123606121000497/

Langkah Menyemai Sikap Prihatin Dalam Kalangan Masyarakat. (n.d.). Retrieved February 06, 2017, from https://www.scribd.com/doc/33177370/Langkah-Menyemai-Sikap-Prihatin-Dalam-Kalangan-Masyarakat




















LAMPIRAN










Gambar rajah 1 : Jitra, Kedah : Pembela bantu budak sakit jantung








Gambar rajah 2 : 20 Mei 2011-Metro Ahad, Kuching, Sarawak : ‘Dengar rintihan kami’











Gambar rajah 3 : Sinar@Dungun, Batu Tiong : Ibu tunggal minta nasi sisa untuk lapan anak



















Gambar rajah 4 : Sinar Harian, Kemaman : Keluarga Zulkifli terpaksa roboh rumah







Gambar rajah 5 : Seremban: Bayi tong sampah







Gambar rajah 6 : Bayi dibalut dan dibuang di tempat pembuangan sampah